Friday 26 July 2013

Majlis Khatam Al-Quran 2013

Majlis Khatam Al-Quran peringkat sekolah diadakan pada hari ini melibatkan 25 orang murid-murid Tahun 6 yang telah mengkhatamkan Bacaan Al-Quran 30 juzuk. Menurut GPK Hem SABT, Ustazah Azimah binti Abu Yamin majlis untuk murid Tahap 1 akan dikelolakan oleh Ustaz Saipul Bahri bin Ab. Kadir manakala untuk Tahap 2 akan dimulakan pada jam 3.45 petang. Sumbangan 'duit raya' akan disampaikan kepada pelajar-pelajar anak-anak yatim dan fakir miskin. Diharapkan murid-murid dapat hadir beramai-ramai.AJK Badan Kebajikan juga dijemput hadir.

Khatam Al-Quran dimulai dengan nazam كلام قديم لايمل سماعه


Bacaan Khatam Al-Quran oleh murid-murid Tahun 6
Ucapan Guru Besar, Ustazah Hjh. Saodah binti Salleh

Persembahan oleh kumpulan nasyid Mursyidul Munir SABT

Ceramah Ihya' Ramadan oleh Ustazah Uminurain binti Yusof




Penyampaian Sumbangan ' Duit Raya' oleh GPK 1 Ustaz Abd Rauf bin Hj. Hairani

 Penyampaiam Sumbangan 'Duit Raya' oleh Guru Besar, Hjh. Saodah binti Hj.Salleh

                                                     
Edaran Bubur Lambuk

Wednesday 24 July 2013

Peperiksaan Bacaan Al-Quran dan Hafazan SDEA


Salam Semua Pelajar-pelajar SDEA SA Bandar Tangkak,
Peperiksaan Bacaan Al-Quran dan Hafazan akan diadakan mulai pada Hari Isnin, 29.07.2013 hingga Jumaat, 02.08.2013. Diharapkan pelajar-pelajar Tahun 6 bersiap sedia dan pastikan hadir pada tarikh tersebut,
Sekian, terima kasih.
Abd.Rauf Hairani
GPK 1 SABT

PUASA DULU BARU RAYA - RAIHAN

Tuesday 23 July 2013

UPPM2

Assalamualaikum,
kepada Semua murid-murid Sekolah Agama Bandar Tangkak,  Ujian Pengesan Prestasi Murid kali ke2 adakan pada Hari Isnin, 30.7.2013 hingga 02 Ogos, 2013, Diharapkan murid-murid bersedia dan hadir pada hari-hari diadakan ujian tersebut, terima kasih.

Minggu Ukhwah Sekolah

Majlis Minggu Ukhwah Sekolah (MUS) telah diadakan pada Hari Jumaat 04.01.2013. Majlis telah dihadiri oleh ibubapa pelajar-pelajar Tadika Agama Johor (TAJ) dan Darjah Satu (1) Majlis diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak yang baru memasuki alam persekolahan agama.

Objektif Minggu Ukhwah Sekolah (MUS) :
1. Mengenal dan membina hubungan mesra di kalangan kanak-kanak dan guru dalam masa yang singkat.
2. Meningkatkan hubungan mesra di kalangan murid-murid.
3. Mengurangkan rasa malu, segan dan takut di kalangan murid yang berlainan latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi.
4. Membimbing murid menyesuaikan diri dengan budaya sekolah.
5. Memupuk semangat bekerjasama dan saling membantu antara murid-murid.

Sebahagian Guru-guru SABT yang sempat bergambar pada majlis tersebut: